Monday, May 5, 2008

Solat Nafilah (Solat Sunnat)

Solat Nafilah ialah solat selain shalat lima waktu (solat wajib). Terbahagi kepada dua iaitu ada yang mengerjakannya itu di sunahkan dengan jama'ah dan ada yang tidak perlu dengan jama'ah (yakni munfarid sudah cukup). Yang dengan jama'ah ialah solat 'idain (dua hari raya), Tarawih, Istiqa' dan lain-lainnya. Adapun yang tidak dengan jama'ah itu ada yang termasuk golongan Rawatib dan ada yang bukan termasuk golongan Rawatib, misalnya solah Dhuha, Solat Wudu', Solat Tahajjud dan lain-lain sebagainya.
Solat Rawatib : iaitu solat sunnah yang mengikuti solat fardu lima waktu, baikpun di kerjakan sebelum solat fardu itu ataupun sesudahnya dengan muakkadah (disunahkan) dan ghair muakkadah.
Solat sunat Rawatib yang muakkadah ini ada sepuluh rakaat iaitu :
1. Dua rakaat sebelum Zohor
2. Dua rakaat selepas Zohor
3. Dua rakaat selepas Maghrib
4. Dua rakaat selepas Isya'
5. Dua rakaat sebelum Subuh.
Solat Sunat Rawatib yang ghair muakkadah ada dua belas rakaat iaitu :
1. Dua rakaat sebelum Zohor
2. Dua rakaat selepas Zohor
3. Empat rakaat dengan dua kali salam sebelum Asar
4. Dua rakaat sebelum Mahgrib
5. Dua rakaat sebelum Isya
Solat yang tidak di Sunahkan berjama'ah
  1. Solat Sunat Wittir : Waktunya ialah selepas solat isya sehingga menyingsing fajar shadiq, Paling kurang dilakukan adalah dua rakaat, sebanyak-banyaknya adalah sebelas rakaat dan paling tidak dapat dilakukan dengan sempurna ialah 3 rakaat. Di dalam rakaat pertama selepas selesai membaca Al-Fatihah di ikuti membaca surat A'la (sabbihisma rabbikal a'la, dengan rakaat keduanya membaca surah AL-Kafirun (Qulyaa ayyuhal kaafirun) dan rakaat ketiganya surah tiga Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Falaq dan Surah An-Nas. Dalam rakaat terakhir sekali apabila bulan ramadhan telah berlalu setengah bulan (1/2) maka di sunahkan membaca doa Qunut dan Bacaanya seperti Qunut Suboh. Perlu di fahami oleh kita bahawa dalam Bulan Ramadhan, Solat Sunat Witir ini di sunnahkan di kerjakan dengan jama'ah selepas mengerjakan Solat Sunat Tarawih.
  2. Solat Sunat Tahiyatul Masjid : Orang yang masuk ke dalam Masjid dan selepas mengambil Wudhu' itu di sunahkan bersembahyang dua rakaat tahiyatul masjid sebelum duduk.
  3. Solat Sunat Dhuha : Waktunya ialah mulai matahari naik kira-kira setinggi tombak yaini sepenggalah sehingga tergelincirnya matahari. Paling tidak dilakukan dua rakaat dan juga boleh dilakukan sehingga lapan rakaat.
  4. Solat Sunat Wudhu' : Waktunya ialah setiap kali selesai mengambil wudhu' dan di lakukan dua rakaat.
  5. Solat Sunat Istikharah : Dari segi makna sendi membawa erti istiharah itu kepada memohonkan pilihan kepada Allah s.w.t zat Yang Maha Berkuasa kepada setiap sesuatu. Maka ia sunah dilakukan apabila hendak mengerjakan salah satu pekerjaan di antara dua perkara atau beberapa perkara yang perlu mengadakan pilihan misalnya hendak berkahwin dan calon jodohnya itu lebih dari seorang, atau hendak berdagang apa yang lebih baik, pakaian, tanaman dan lainnya. Rakaatnya ada dua dan waktunya bila-bila masa sahaja sunat dilakukan.
  6. Solat Sunat Tahajjud : Waktunya ialah pada malam hari sebaik-baiknya ialah sesudah bangun dari tidur pada sepertiga malam terakhir dari waktu malam. Paling tidak dilakukan adalah dua rakaat dan tidak ada batas rakaat untuk melaksanakannya. Peringatan: Sekiranya di dalam waktu malam itu ada mengerjakan Solat Sunat Witir dan Solat Sunat Tahajut maka Witirnya dilakukan pada akhir solat.
  7. Solat Sunat Hajat : Solat yang dilakukan apabila ada sesuatu perkara di hajatkan baikpun pada urusan duniawi dan keagamaan. Boleh di lakukan pada bila-bila masa. Dilakukan dengan dua rakaat dan sekali salam. Ada satu cara khusus dalam mengerjakan solat sunat hajat ini yang dicantumkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin jilid pertama dan beliau menyebutkan bahawa segala macam keperluan yang dipohonkan oleh seorang hamba kepada Allah s.w.t dengan cara solat itu, Insyallah akan segera dikabulkan selama yang di kehendaki itu bukan satu kemasksiatan. Sebaik-baiknya dilakukan di waktu tengah malam setelah dua pertiga. Kira-kira antara jam dua sampai jam tiga malam. Sesudah selesai bertharoh lalu bersembahyang dua belas rakaat dan setiap dua rakaat hendaklah bersalam. dengan demikian salamnya enam kali. setiap rakaan setelah selesai membaca Al-Fatihah di ikuti ayat Kursi, kemudian disambung surah Al-Ikhlas , Apabila dua rakaat telah selesai maka secara langsung terus melakukan sujud dan dalam sujud itu membaca doa' (dapatkan doa itu pada rujukan yang berhampiran) selesai membaca doa' lalu mohonlah apa sahaja yang di maksudkan.
  8. Solat Sunat Taubat : Solat ini perlu dikerjakan oleh seorang yang menginginkan hendak bertaubat yang sebenar-benarnya secara taubah nasuha kepada Allah s.w.t dan berjanji tidak akan mengulangi dosanya lagi. Boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan dua rakaat.
  9. Solat Sunat Tasbih :
  10. Solat Sunat Ihram dan
  11. Solat Sunat Thawaf :

No comments: