Monday, May 5, 2008

Sejarah Lahirnya Nabi Muhammad s.a.w, Salasilahnya dan Tahun Kelahiranya

Nabi Muhammad s.a.w adalah putra tunggal dari Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hisyim, Bin Abd Manaf Bin Qusai Bin Hakim Bin Murrah, Bin Ka'ab, Bin Lu'ai, Bin Ghalib, Bin Fihr, Bin Malik, Bin Mudhar, Bin Nizar, Bin Ma'ad, Bin Adnan, keturunan Nabi Isma'ail Bin Ibrahim a.s.Beliau dilahirkan di rumah Abi Thalib, pakciknya pada hari Isnin tanggal 12 bulan Rabi'ul-Awal bertepatan pada 20 April 571 Masehi, tahun yang dikenal dalam sejarah dengan Tahun Gajah. Ia di tinggalkan oleh ayahnya yang wafat sewaktu ia masih dalam kandungan, dan oleh ibunya sewaktu ia berusia empat tahun.

TAHUN GAJAH : ialah tahun dimana sepasukan tentera berkenderaan gajah di bawah pimpinan "Abrahah" Pengusaha Habasyah (Ethiopia) datang menyerbu kota Mekkah dengan tujuan hendak merobohkan dan menghancurkan Ka'bah Baitullah. Abrahah ialah seorang penganut agama Nasrani yang "Fanatik". Ia mengirim tenteranya ke Yaman untuk menhancurkan kerajaan Dzu-Nuwas yang beragama yahudi kerana marah mendengar bahwa orang-orang Nasrani terpaksa bekerja dengan kekerasan dan cara-cara yang kejam melepaskan agama Nasraninya dan memeluk agama yahudi. Dengan mudah Abrahah dapat menghancurkan pertahanan Dzu-nawas dan menguasai seluruh Yaman dengan tenteranya yang lebih kuat dan lebih sempurna. Ia segera membangun sebuah gereja yang megah dan besar di San'a, ibukota Yaman bertujuan mengalihkan perhatian orang dari Ka'bah yang terletak di Kota Mekkah yang tandus itu. Akan tetapi gerejanya yang megah dengan kelengkapan yang serba mewah itu tidak mendapat perhatian dan kunjungan orang sebagaimana di harapkan. Jangankan orang dari luar Yaman dantang mengunjungi gerejanya Abrahah itu, sedangkan orang Yaman sendiri masih tetap berkiblat ke Makkah tetap berduyun-duyun(berpusu-pusu) sebagaiman biasa mengujungi ke Mekkah untuk ke Baitullah yang mereka puja dan hormati sejak di bangunkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Abrahah merasa kesal melihat gerejanya tidak mendapat perhatian dan angan-angannya menjadikan bangunan itu sebagai saingan penganti Ka'bah telah meleset sama sekali. Bahkan sebagai kebalikan agan-angan dan apa yang ia harapkan ia memperolehi tamparan tatakala mendengar bahawa pada suatu malam gerejanya telah di nodai oleh seorang yang berani membuang kotoran besarnya(najisnya) di atas lantai gerejanya itu.
Abrahah naik marah yang tersangat dan merancangkan (rencanakan) akan mengadakan pembalasan terhadap orang yang melakukan perbuatan yang kurang ajar itu, yang ia tidak sangsikan lagi bahawa pelakunya adalah salah seorang daripada mereka yang memuju-muja Ka'bah. Kerana itu ia mengambil keputusan, Ka'abah yang mereka puja itu harus di hancurkan dan dirobohkan menjadi rata dengan tanah. Maka berangkatlah Abrahah dengan bala tenteranya yang berkenderaan gajah menuju ke kota Mekkah dengan mengenakan pakaian kebesaran lengkap dan didampingi oleh seorang yang bernama Abu Rughal selaku penasihat dan penunjuk jalan. Dalam perjalanan dari San'a ke Mekkah, tiap suku bangsa Arab yang dilalui oleh bala tentera Abrahah di paksa menyatakan taat, setia dan tunduk kepada kerajaannya. Dan ketika tiba di suatu tempat bernama "Almughammas" yang terletak di jalan antara Tha'if dan Mekkah, Abrahah memerintahkan orang-orangnya merampas barangan kekayaan milik penduduk Tuhamah dari suku Quraisy di antaranya dua ratus ekor untu milik Abdul Mutallib Bin Hashim, nenek Nabi Muhammad s.a.w yang mana pada waktu itu di pandang sebagai pemuka dan pemimpin sukunya di samping jawatanya sebagai pelayan dan membahagikan air zam zam kepada jemaah pengunjung Ka'bah. Jawatan itu merupakan jawatan kehormatan yang hanya diberikan kepada orang-orang terkemuka dan disegani di antara suku Quraisy. Selagi para pemuka suku Quraisy dan suku arab lainya bermusyuarah merundingkan sikap yang harus diambil menghadapi bala tentera Abrahah yang datang hendak menyerang Ka'bah dan sudah mulai merampas barang-barang ternak mereka, tiba-tiba datang utusan Abrahah mengundang para pemuka itu untuk datang menghadap di tempat perkemahannya di luar kota Mekkah.
Maka datanglah Ketua yang mewakili penduduk Mekkah menghadap Abrahah di bawah pimpinan Abdul Mutalib.Mereka diterima dengan hormat oleh Abrahah dan ramah tamah. Abdul Mutalib seorang pemimpin yang berparas tampan, gagah serta menegaskan kewibawaan di dudukan oleh Abrahah di sebelahnya sebagai tanda penghormatan. Berkata Abrahah kepada mereka "kami datang kemari tidak bermaksud untuk memerangi kamu, tetapi tujuan kedatangan kami ialah hendak merobohkan Ka'bah,sebagai pembalasan oleh salah seorang pemujanya yang telah menodai gereja yang kami bangun di San'a dengan membuang kotoran najis di atas lantai. Maka jika kamu tidak menghalang kami melaksanyakan maksud dan tujuan kami itu, kami sekali-kali tidak akan mengganggu kamu dan tidak ada setitis darah pun akan mengalir,". Abdul Mutalib selaku pemimpin Kota menjawab dengan tegas "Kami pun tidak bermaksud berperang atau mengadakan perlawanan terhadap pasukanmu, kerana memang kami tidak bersiap untuk itu dan kami pun sedar bahawa kami tidak akan terdaya menghadapi pasukan dan bala tenteramu yang besar dan lengkap itu," Abrahah berucap "Baiklah, jika memang demikian sikap dan pendirianmu menyambut kedatanganku ke mari, maka adakah hal-hal lain yang kamu ingin ajukan kepadaku?," Abdul Mutalib menjawab "Kami hanya mengharap engkau dapat mengembalikan harta milik dan ternak kami yang telah di rampas oleh tenteramu,". "Wahai Bapa suku Quraisy," Abrahah berkata, "sesungguhnya begitu aku melihat parasmu begitu pula aku menaruh rasa simpati dan hormat kepada dirimu, Akan tetapi setelah mendengar tuntutanmu dan permintaan yang engkau ajukan kepadaku ini, sungguh sangat menghairankan sikapmu ini, Aku mengira pada mulanya bahawa engkau akan mempertahankan nasib Ka'bah, rumah suci pujaanmu dan pujaan nenek moyangmu, dan apabila aku datang hendak merobohkanya, dan bukan nasib dua ratus ekor unta yangtelah di rampas oleh askarku, ternyata dari sikapmu ini bahawa engkau menganggap remeh soal Ka'bah, rumah suci yang di puja oleh bangsamu sejak zaman Nabi Ibrahim sehingga kini, dan kerana engkau bersikap acuh tidak acuh menghadapi nasibnya, bagimu soal dua ratus ekor unta yang di rampas oleh askarlu lebih utama dan lebih penting untuk diselamatkan berbanding Ka'bah yang sebentar lagi akan ku hancurkan. Sungguh aku merasa kecewa melihat pendirianmu yang aneh ini." Abdul Mutalib menjawab "Dua ratus ekor unta adalah milik peribadi dan sudah sepatutnya jika aku ingin berusaha ingin menyelamatkanya, sedang rumah suci Ka'bah ada pemiliknya sendiri dan Dialah yang Maha Kuasa akan melindunginya,". "Ka'bah tidak akan terlindung dan lolos(lepas) dari rencanaku,", tutur Abrahah dengan sombongnya. "terserahlah kepadamu dan kepada tuan pemiliknya yang akan melindunginya," jawab Abdul Mutalib dengan sikap dinginya. Kemudian Abrahah berseru kepada orang dan askarnya agar harta milik termasuk dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib dan kawan-kawanya yang telah dirampas di serah dan dikembalikan kepada para pemiliknya.
Seruan Abrahah itu disambut oleh Abdul Mutalib dan kawan-kawanya dan menasihatkan agar membatalkan rancangan dan maksudnya untuk menghancurkan Ka'bah dengan di beri imbuhan sepertiga dari harta kekayaan penduduk Mekkah akan diserahkan kepadanya. Akan tetapi usul kompromi itu di tolak mentah-mentah oleh Abrahah dan kembalilah para anggota perundingan ke rumah masing-masing di Mekkah dengan rasa kecewa dan cemas sambil menanti apa yang akan terjadi selanjutnya. Menghadapi kenyataan bahawa Abrahah tidak dapat di lunakkan(lembutkan) hatinya agar membatalkan niat jahatnya menghancurkan Ka'bah, maka Abdul Mutalib menyeru kepada penduduk Kota Mekkah, terutama mereka yang tinggal di sekitar Ka'bah agar menjauhkan diri dan mencari perlindungan di atas bukit-bukit yang berada disekitar Kota Mekkah. Dan setelah menjadi kosong daerah sekitar Masjidil Haram di tinggalakan oleh para penduduknya yang berpusu-pusu dengan mengendong bayi dan anak masing-masing serta haiwan ternakan menuju ke tempat yang aman, pergi lah Abdul Mutalib bersama beberapa pemuka Quraisy menghadap Ka'bah seraya berdoa kepada Allah s.w.t agar melindungi dari kehancuran dan kebinasaan.
Penduduk Mekkah yang berlindung di atas-atas bukit dengan rasa cemas dan gelisah menantikan gempuran Abrahah ke atas Ka'bah (baitullah) sebagimana yang di ancamkan. akhirnya mereka merasa lega ketika mendengar bahawa secara tiba-tiba Abrahah meninggalkan tempat perkemahan dan kembali ke San'a bersama sisa pasukannya yang tidak sempat melancarkan gempuran yang di perintahkan Abrahah, kerana datang secara mendadak dari sepasukan burung yang berterbangan melempari mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah terbakar panas. Pasukan burung yang dikirim oleh Allah dengan batu-batu yang terbakar itu menjadikan tubuh-tubuh anggota tentera Abrahah hancur dan jatuh berserak di atas tanah sehingga tersisa golongan kecil dari anggota tentera yang dapat pulang kembali bersama Abrahah dengan menderita luka-luka parah akibat jatuhnya batu-batu atas kepala dan tubuh mereka.
Peristiwa tentera bergajah ini adalah salah satu mukjizat dari Allah s.w.t mendahuli kelahiran Nabi Besar, Rasul Penutup Muhammad s.a.w dan sebagai isyarat pertama bagi perlindungan Tuhan terhadap agama terakhir yang akan dibawa oleh rasul terakhirnya Muhammad s.a.w
Sumber rujukan dalam Al-Quran Suroh Al-Fil ayat 1 hingga 5
Masyallah...Wallahualam..

No comments: