1. Keterangan Tuhan Sa (tunggal) : Bahawa sesunggunya jika kita pandang dan menilik kepada kejadian alam ini dengan segala perubahan dan peraturanya yang sempurna, nescaya kita dapati dengan terang dan nyata adalah tuhan yang menjadikan segalanya itu bersifat sa (tunggal) kerana jika berbilang-bilang nescaya tiada didapati ada alam ini kerana lazim lemahnya. oleh sebab muafiqnya atau bersalahan maka kedua hal itu membawa kepada kelemahan mata keterangan jika keduanya muafiq nyatalah diantara keduanya bertolong-tolong dan jika bertolong-tolong menunjukan keduanya lemah dan berhajat kepada pertolongan yang lain. Apalagi jika keduanya sama kuat, atau keduanya sama lemah. Maka yang demikian itu semuanya menunjukan kelemahan pada hal alam ini telah terang nyata dan adanya, dari itu tepatlah bahawa tuhan itu sa jua.
2. Menolak kepercayaan membawa kepada menyekutukan tuhan : Adalah sudah menjadi masyhur dan di sisi apa jua bangsa di dalam dunia ini bahawa masing-masing itu mempunyai adat dan kepercayaan yang karut dan salah lagi menyekutukan tuhan yang maha kuasa. Maka perkara-perkara yang karut itu masih banyak pada masa ini dan banyak pula yang melakukanya dengan tidak sedar mudaratnya.
Antaranya :
Incak dan sebagainya : adalah membuang incak dan memberi makan hantu syaitan itu suatu daripada adat kepercayaan orang-orang yang menyembah berhala kerana mereka itu beriktikad bahawa hantu dan syaitan itu berkuasa menyebabkan sakit atau sampuk(rasuk) dan sebagainya, dari itu menjamu dengan mengadakan incak, tukar ganti, dan sebagainya supaya guna hantu dan syaitan itu boleh menyembuhkan penyakit. Maka kepercayaan yang mengatakan adalah hantu, jin dan syaitan itu berkuasa memberi mudarat dan mendatangkan manafaat itulah kepercayaan yang menyekutukan Allah dengan Makhluknya.
Yang demikian segeralah atas tiap-tiap orang yang beriman menjauhkan daripada kepercayaan, perbuatan yang karut dan salah yang membawa kepada murtad dan kafir.

No comments:
Post a Comment