- Apa dia Ilmu Fiqh? - Ilmu Fiqh ialah ilmu pengehtahuan yang membicarakan tentang hukum-hukum Islam yang mengenai perbuatan manusia.
- Apakah yang terkandung di dalam Ilmu Fiqh? - Ilmu Fiqh mengandungi empat (4) bahagian yang besar iaitu 1.Bahagian Ibadah, bahagian ini membicarakan yang berhubung dengan amal ibadah manusia terhadap Allah s.w.t seperti Solat, Puasa dan Zakat. 2.Bahagian Muamalah: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum yang berhubung dengan perbuatan manusia dalam penghidupanya sehari-hari dengan sesama manusia mengenai harta seperti jual beli, upan mengupah dan hadiah. 3.Bahagian Munakahat: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum yang berhubung dengan hal perbuatan manusia dalam hal-ehwal berkeluarga seperti nikah kahwin, cerai dan kewajipan suami isteri. 4.Bahagian Jenayat: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum yang berhubung dengan perbuata manusia dalam keadilan dan kehakiman seperti bunuh, curi dan saksi.
Hukum Islam : Hukum Islam itu terbahagi kepada tujuh bahagian
- Wajib : ialah sesuatu yang mesti dikerjakan dan jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat dosa. seperti mengerjakan Solat lima waktu dalam sehari semalam. (Apakah dia perbezaan Wajib dan Fardu? : Perkataan Wajib dan Fardu sama sahaja maksudnya kecuali dalam bab Haji ada perbezaan.) Bahagian Fardu terbahagi kepada dua (2) iaitu Fardu Ain dan Fardu Kifayah. (Fardu Ain : sesuatu yang wajib dikerjakan(dilaksanakan) oleh setiap muslim Baligh, Berakal, kewajipan itu tidak terlepas dari tanggungjawab diri seseorang kecuali dirinya sendiri mengerjakan seperti mengerjakan Solat Lima Waktu sehari semalam. (Fardu Kifayah : Sesuatu yang wajib dikerjakan oleh sekalian orang Islam yang Baligh lagi Berakal {kewajipan dan tanggjungjawab bersama}, dan jika kewajipan itu dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam maka terlepas ia daripada yang lain, tetapi jika kewajipan itu tidak dikerjakan, maka sekalian orang Islam menanggung Dosa seperti Solat Jenazah.)
- Sunat : Sesuatu yang di galakan oleh agama supaya dikerjakan, jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa, seperti mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha.
- Haram : Sesuatu yang misti di tinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika di kerjakan mendapat dosa seperti mencuri.
- Makruh : Sesuatu yang di galakan di tinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dikerjakan tidaka mendapat dosa seperti makan sesuatu yang berbau busuk.
- Mubah : Sesuatu yang boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan, jika di tinggalkan tidak mendapat dosa seperti makan dan minum.
- Sah (soh) : Sesuatu yang dikerjakan dengan sempurnanya mengikut syarat dab rukunya yang tertentu seperti solat yang dikerjakan dengan berwudu' serta dengan aturan di dalam waktunya dan seperti Akad Nikah yang di jalankan oleh wali di depan saksi-saksi dengan lafaz yang tertentu menurut aturanya yang tertentu.
- Batal : Sesuatu yang dikerjakan dengan tidak mengikut syarat dan rukunya yang tertentu seperti puasa di bulan Ramadhan yang dikerjakan dengan tidak berniat pada waktu malam.
Mukalaf : ialah orang di tuntut supaya melaksanakan ajaran agama islam dan mempunyai syarat yang cukup iaitu (I)Baligh (بالغ ) (II)Berakal (III).Sampai seruan Islam kepadanya
(i) Baligh : ialah orang yang sudah sampai umur untuk menanggung kewajipan Agama. I.I tanda baligh bagi lelaki adalah telah keluar air mani setelah berumur dalam lingkungan 9-15 tahun. I.II bagi perempuan adalah telah keluar air mani setelah berumur dalam lingkungan 9 tahun atau datang haid atau mengandung atau telah berumur 15 tahun.
Mumaiz : adalah kanak-kanak yang sudah dapat mengerjakan tugas-tugas dirinya sendiri seperti makan dan minum dan tahu membezakan di antara buruk dan baik sesuatu perkara
Syarat : ialah sesuati yang mesti ada bagi sesuatu perkara yang lain tetapi ia bukan suatu bahagian dari hakikat sesuatu perkara yang lain itu, seperti Wudu' adalah syarat sah solat, tetapi wudu' bukan sesuatu bahagian daripada sembahyang.
Rukun : ialah sesuatu yang mesti ada bagi adanya sesuatu perkara yang lain dan ia suatu bahagian dari hakikat sesuatu perkara yang lain itu sendiri seperti membaca Al-Fatihah adalah rukun bagi solat.
"والله علم"
No comments:
Post a Comment