Thursday, May 15, 2008

Siapa Yang Layak Menjadi Iman

Daripada Abi Said : " telah bersabda Rasullullah s.a.w : "apabila adalah mereka itu tiga orang maka hendaklah mengimamkan salah seorang mereka, dan yang lebih berhak menjadi imam ialah orang yang lebih Qori antara mereka,"

Daripada Aqobah bin umru telah bersabda Nabi s.a.w "hendaklah yang menjadi imam suatu kaum itu orang yang lebih Qorinya dengan Kitab Allah, maka jika mereka dalam perkara Qori ini sasama mereka hendaklah orang yang lebih Alim dengan Hadis, maka jika mereka dalam perkara hadis itu sesama mereka hendaklah orang yang lebih di dahulu berhijrah, maka jika mereka dalam perkara hijrah itu sesama mereka hendaklah yang lebih tua dan setengah lafaz orang yang lebih dahulu islam. dan jangan lah menjadi imam seorang lelaki itu akan seorang lelaki yang lainnya kerana sultonnya (kekuasaannya, pangkatnya, dan sebagainya) dan janganlah duduk di rumahnya atas hamparannya melainkan dengan izinnya."

Juga bersamaan juga sifat-sifat tersebut maka di dahuluan orang yang elok ingatannya (luas pengalamannya) kemudian orang yang lebih bersih pakaiannya, badannya, dan yang baik keadaannya (pekerjaannya) dan baik suaranya, kemudian orang yang lebih baik mukanya.

Sumber : المعين المبين karangan ustaz abdul hamid hakim (1376 - 1957) muka 116

No comments: