Wednesday, May 14, 2008

Sebab Alam Ini Berkehendak Pada Yang Menjadikan

Bahawasanya segala kejadia yang ada didalam alam ini seperti matahari, bulan, bintang-bintang, bumi, laut, segala binatang yang ada di dalam laut dan yang ada diatas muka bumi, anda, tumbuhan, manusia, dan lain-lain lagi daripada kejadian sama ada yang kecil dan yang besar maka tiap-tiap suatu itu telah di jadikan cukup lengkap dengan aturan perjalanan yang tidak mengganggu antara satu sama lain.
Adalah kejadian-kejadian itu jika di amati dengan fikiran yang halus maka tentulah tiap-tiap sesuatu itu tidak boleh ada dengan sendirinya, atau jadi dengan sendirinya. Kerana adanya dan dengna tiada yang mengadakannya itu tidak di terima oleh akal jika tiap-tiap sesuatu itu jadi dengan sendirinya tiada dapat tiada rosaklah peraturan dan perjalanan alam ini, kerana di antara suatu dengan yang lainya berasing-asing dengan tiada menurut suatu aturan yang tertentu, misalnya seperti matahari jika ia jadi dengan sendirinya nescaya bergeraklah dengan sekehendaknya, demikian juga bulan, bintang, bumi dan lainnya. Maka sekiranya tiap-tiap sesuatu itu bergerak dengan sekehendaknya nescaya berlaku kacau bilau alam ini, seumpama bumi ini tiada berpusing menurut aturan yang tertentu, niscaya jadilah pada suatu tempat sentiasa siang dan panas, dan yang lainya sentiasa malam dan sejuk dan tiada lah dapat ketentuan waktu dan masa yang tetap(ditetapkan). Hal yang keadaan seumpama ini membawa kepada kerosakan kehidupan manusia, tetapi kita dapati keadaan alam ini cukuk lengkap dan teratur. Dari itu tidak dapat tiada ada yang menjadikan yang mengatur dan mentakbirkan sekalianya iaitu Allah swt tuhan yang tunggal lagi maha kuasa.

No comments: