Sunday, June 1, 2008
Menutup Rambut Bagi Wanita
Thursday, May 15, 2008
Cara Berdoa Menolak Bala
Ini adalah dalil bahawa apabila hendak berdoa menolak bala, maka sesungguhnya beliau menangkat kedua tangannya dan di jadikan belakang tangannya kearah langit, dan apabila ia berdoa meminta sesuatu supaya di hasilkan di jadikan pula tapak tangannya ke arah langit. Sesungguhnya adalah riwayat yang sorih pada Khalid bin Sabit daripada bapanya : "sesungguhnya adalah Nabi s.a.w apabila ia meminta di jadikannya tapak tangannya ke arah langit (menadah tangan) dan apabila ia meminta perlindungan di jadikan belakang tangannya pula ke langit."
Siapa Yang Layak Menjadi Iman
Daripada Aqobah bin umru telah bersabda Nabi s.a.w "hendaklah yang menjadi imam suatu kaum itu orang yang lebih Qorinya dengan Kitab Allah, maka jika mereka dalam perkara Qori ini sasama mereka hendaklah orang yang lebih Alim dengan Hadis, maka jika mereka dalam perkara hadis itu sesama mereka hendaklah orang yang lebih di dahulu berhijrah, maka jika mereka dalam perkara hijrah itu sesama mereka hendaklah yang lebih tua dan setengah lafaz orang yang lebih dahulu islam. dan jangan lah menjadi imam seorang lelaki itu akan seorang lelaki yang lainnya kerana sultonnya (kekuasaannya, pangkatnya, dan sebagainya) dan janganlah duduk di rumahnya atas hamparannya melainkan dengan izinnya."
Juga bersamaan juga sifat-sifat tersebut maka di dahuluan orang yang elok ingatannya (luas pengalamannya) kemudian orang yang lebih bersih pakaiannya, badannya, dan yang baik keadaannya (pekerjaannya) dan baik suaranya, kemudian orang yang lebih baik mukanya.
Sumber : المعين المبين karangan ustaz abdul hamid hakim (1376 - 1957) muka 116
Bersuci ( الطهارة)
1. Air yang turun daripada langit seperti Air Hujan
2. Air yang keluar daripada bumi seperti Air Embun, Air laut, air sungai, air mata air
dengan sifat asal kejadiannya.
Air terbahagi kepada 4 bahagian
1. Air Suci pada dirinya lagi menyucikan bagi yang lain tiada makruh istimal (digunakan) dan di kenali dengan AIR MUTLAK daripada kait yang lazim, maka tiada memberi mudarat kaid yang berurai pada keadaannya yang mutlak seperti air telaga, atau air sungai atau sebagainya. Dan dengan kaid yang terurai kaid lazim seperti air tebu, air nyiur dan seumpamanya.
2. Air suci lagi menyucikan tetapi makruh istikmal (digunakan) pada badan orang yang takut atasnya penyakit sopak atau air tambahannya atau berkekalan tempatnya. dan air yang dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas pada bejana (bekas) yang menerima tukul melainkan bejana emas dan perak. Makruh pula air yang sangat panas dan sangat sejuk.
3. Air yang suci pada dirinya tida menyucikan yang lain. Iaitu air yang muktakmal pada mengangkat hadas iaitu Air kali pertama pada wuduk yang wajib dan mandi yang wajib. Atau Air yang mustakmal pada menghilangkan najis jika tiada berubah dan tiada bertambah pada timbanganya. Kemudiannya bercerainya daripada barang yang ada ia daripada dikira-kira kan kadar muayasaf yang di basuhnya. Dan air yang berubah salah satu daripada tiga sifat dengan sebab bercampur dengan suatu yang suci yang banyak berubahnya yang menegah mutlak nama air atasnya samada berumah pada حسى atau pada تقدير seperti bercampur dengannya suatu yang menyamai akan dia pada sifatnya seperti air mawar yang hilang baunya dan rasanya dan warnanya dan air yang mustakmal maka tiada di tegah mutlak nama air atasnya dengan bahawa adalah berubahnya sedikit dengan sesuatu yang suci atau dengan yang menyamai akan air pada segala sifatnya dan di takdirkan menyalahi pada hal tiada mengubah akanya maka tiada di tinggalkan sucinya lagi menyucikan yang lain. (maka keluar) dengan kata bercampur dengan sesuatu yang suci yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang مجاور bahaginya maka bahawa sanya kekal ia atas sucinya dan jika banyak berubahnya sekalipun (dan demikian lagi) air yang berubah bercampur sesuatu yang tiada terkena air daripadanya seperti tanah dan kiambang dan barang yang pada tempat-tempatnya dan lakunya dan yang berubah dengan masa.
4. Air yang muntanajis iaitu air yang jatuh najis pada nya samada berubah atau tidak pada hal kurang daripada 2 kolah ini jikalau adalah najis itu menajiskan air yang bersalahan yang tiada menajiskan kan dia yaini bangkai yang tiada mengalir darahnya ketika dibunuh atau di belahkanya pada ketika hidupnya seperti lalat dan bubur dan kala dan lipas dan cicak dan seumpamanya dan jikalau tidak dicampurkan padanya tiada mengubahnya. Demikian juga najis yang halus tiada dilihat oleh mata yang pertengahan dan jika najis muhalazah (babi dan anjing)sekalipun maka sekalianya tidak menasjiskan sesuatu yang cair dan air.
Wednesday, May 14, 2008
Menetapkan Ke'esaan Tuhan
2. Menolak kepercayaan membawa kepada menyekutukan tuhan : Adalah sudah menjadi masyhur dan di sisi apa jua bangsa di dalam dunia ini bahawa masing-masing itu mempunyai adat dan kepercayaan yang karut dan salah lagi menyekutukan tuhan yang maha kuasa. Maka perkara-perkara yang karut itu masih banyak pada masa ini dan banyak pula yang melakukanya dengan tidak sedar mudaratnya.
Antaranya :
Incak dan sebagainya : adalah membuang incak dan memberi makan hantu syaitan itu suatu daripada adat kepercayaan orang-orang yang menyembah berhala kerana mereka itu beriktikad bahawa hantu dan syaitan itu berkuasa menyebabkan sakit atau sampuk(rasuk) dan sebagainya, dari itu menjamu dengan mengadakan incak, tukar ganti, dan sebagainya supaya guna hantu dan syaitan itu boleh menyembuhkan penyakit. Maka kepercayaan yang mengatakan adalah hantu, jin dan syaitan itu berkuasa memberi mudarat dan mendatangkan manafaat itulah kepercayaan yang menyekutukan Allah dengan Makhluknya.
Yang demikian segeralah atas tiap-tiap orang yang beriman menjauhkan daripada kepercayaan, perbuatan yang karut dan salah yang membawa kepada murtad dan kafir.
Sebab Alam Ini Berkehendak Pada Yang Menjadikan
Mengetahui Kejadian Manusia
Telah berselisih ulama tarikh(sejarah) kejadian manusia hingga masa sekarang ada menentukan umur kejadian manusia, setengah mereka berkata bahawa manusia itu di dapati (dijadikan) dahulu daripada peranakan nabi Isa a.s iaitu empat ribu tahun dan setengah pula berkata enam ribu tahun dan untuk mengetahui sebenarnya amat sukar dan payah ialah kerana setengah ulama tarikh' mengatakan bahawa selama bangsa yang di muka bumi ini iaitu bangsa cina, india dan mesir. والله العلم
Bahagian Tarikh (sejarah) terbahagi kepada dua
1. Tarikh umum (عام) : menyatakan dan membahaskan hal kelakuan segala manusia
2. Tarikah Khas (حاص) : menyatakan hal kelakuan sesuatu umat dan bangsa atau satu kerajaan sahaja.
Kurun atau zaman : suatu mengenainya ertinya tiap-tiap masa 100 tahun dikatakan kurun atau zaman.
Bangsa Manusia
Bermula bangsa manusia di dalam muka bumi ini ada bermacam-macam bangsa dan warna dan terbahagi kepada beberapa bahagian. tetapi asal manusia ini terbahagia kepada 3 bahagian yang utama.
1. Bangsa Putih : berasal daripada tanah Monggol (monggolia) dan Farsi kemudian tersiar di tanah india inggeris (british india)
2. Bangsa Kuning : berasal daripada tanah cina, kemudian tersiar di tanah jepun dan utara dan pulau-pulau di lautan Farsi.
3. Bangsa Hitam : Berasal di Tanah Afrika dan Australia.
Najis-najis yang menjadi suci
1. Arak : apabila menjadi cuka dengan sendirinya.
2. Kulit-kulit bangkai : Apabila sudah di samak melainkan kulit anjing dan babi (seangkatan dengannya)
3. Benda-benda yang telah menjadi binatang seperti ulat-ulat dari pada bangkai
Najis-najis yang di maafkan itu 3 perkara
1. Bangkai yang tidak mengalir darahnya jikalau di belahkan dia ketia hidup seperti semut atau lalat atau seumpamanya.
2. Sedikit darah , nanah dan muntah
3. Najis-najis yang halus yang tiada dapat dilihat oleh mata kebanyakan manusia seperti najis-najis yang ada pada kaki lalat.
Hukum Akal
Pengertian Hukum : Menetapkan (menyabitkan) sesuatu perkara kepada perkara ang lain atau mendapatkan (menafikan) sesuatu perkara kepada suatu perkara yang lain. Misalnya bagi menetapkan seperti di katakan "muhammad menulis", perkara yang pertama iaitu menulis di tetapkan kepada perkara yang keduanya iaitu muhammad, yang demikian misalnya di tetapkan seperti dikatakan "muhammad tiada menulis" perkara yang pertama iaitu menulis di tidakan kepada perkara kedua iaitu muammad yang demikian misalnya di tidakan (dihukumkan muhmmad itu tidak menulis).
Pengertian Akal : Suatu pemberian Allah swt kepada menusia maka dengannya boleh menerima ilmu pengetahuan dan dapat membezakan antara baikdan jahat atau antara salah dengan yuag benar, mudarat dan manfaat.
Pengertian Hukum Akal : menyabitkan (menetapkan) sesuatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menetapkan (menidakan) daripadanya. dengan tidak bergantung kepada berulang-ulang (percubaan) seperti hukum adat, dan tidak bergantung kepada sesuatu perbuatan seperti hukum syara'
Adalah hukum Akal itu 3 bahagian
1. Wajib : Barang yang tentu atau tetap adanya. Misanya seperti sesorang keadaannya dalam sesuatu masa tentu bergerak atau diam, dan tidak di terima akal oleh akal tidak bergerak atau tidak diam
2. Mustahil : Barang yang tentu tidak tetap tiada keadaanya, Misalnya keadaan seseorang itu tidak bergerak dan tidak diam atau bergerakdan diam dalam suatu masa, maka tidaklah di terima kedua-dua hal itu pada akal (mustahil)
3. Harus : Barang ang boleh ada dan boleh tiada, secara berganti-ganti misalnya keadaan seseorang itu ada kalanya boleh bergerak atau diam.
Rujukan : Kitab Tauhid darjah III sekolah agama kerajaan johor cetakan ke sebelas (1390-1970)
Tuesday, May 13, 2008
Bersugi (gosok gigi)
Bersugi : sesuatu perbuatan yang menjadikan bersih mulut dan gigi dan hukumnya adalah sunat
Alat (benda) yang di perbuat bersugi itu suatu jenis kayu di namakan kayu اراك atau tiap-tiap benda yang suci lagi kesat seperti berus, sabut kelapa dan lainya.
Dan sunat muakat pada kelakuan dan tiap-tiap
Apabila hendak membaca Al-Quran
Apabila hendak sembahyang
Berubah bau mulut
Bangun daripada tidur.
Apabila gigi berubah kuning
Dan sunat
Hendak tidur
Mengambil Air Wuduk
Membaca Hadis
Hendak Berzikir
Hendak Masuk Ka’bah
Masuk seorang pada rumahnya
Hendak berjamak
Pada ketika lapar dan dahaga
Hendak mati (dikatakan bahawa sanya ia memudahkan keluar roh
Hendak musafir (berpergian)
Tiada sunat bersugi kepada orang yang berpuasa samada puasa sunat ataupun wajib bahkan makruh dan hilang makruh bila matahari tergelincir (terbenam)
Dan sunat bersugi pada tangan kanan dan dimulakan dengan pihak kanan mulanya dan dilalukan di atas langit-langit dengan perlahan-lahan dan atas gusi-gusi dan gigi dan juga lidah.
Fadilah bersugi antaranya
Dua rakaat solat dengan bersugi adalah lebih baik dari tujuh puluh rakaat dengan tiada bersugi
Mendapat keredoa Allah swt
Menyucikan mulut
Membaikan (mehangpuskan) bau
Menambahkan (menajamkan) Akal
Mencerahkan Mata
Melambatkan tumbuh uban
Membetulkan belakang badan
Menggandakan Pahala
Mengingatkan Kalimah Syahadah apabila hendak mati
*Barangsiapa tiada kuasa untuk bersugi pada waktu yang disebutkan hendaklah dia bersugi pada sehari semalam sekali.
Rujukan : Mutlaun' Badrin
Thursday, May 8, 2008
Cinta Jalan Murni Ke Syurga
Jangan Tangguh Taubat
Tuesday, May 6, 2008
Pengenalan Ilmu Fiqh'
- Apa dia Ilmu Fiqh? - Ilmu Fiqh ialah ilmu pengehtahuan yang membicarakan tentang hukum-hukum Islam yang mengenai perbuatan manusia.
- Apakah yang terkandung di dalam Ilmu Fiqh? - Ilmu Fiqh mengandungi empat (4) bahagian yang besar iaitu 1.Bahagian Ibadah, bahagian ini membicarakan yang berhubung dengan amal ibadah manusia terhadap Allah s.w.t seperti Solat, Puasa dan Zakat. 2.Bahagian Muamalah: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum yang berhubung dengan perbuatan manusia dalam penghidupanya sehari-hari dengan sesama manusia mengenai harta seperti jual beli, upan mengupah dan hadiah. 3.Bahagian Munakahat: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum yang berhubung dengan hal perbuatan manusia dalam hal-ehwal berkeluarga seperti nikah kahwin, cerai dan kewajipan suami isteri. 4.Bahagian Jenayat: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum yang berhubung dengan perbuata manusia dalam keadilan dan kehakiman seperti bunuh, curi dan saksi.
Hukum Islam : Hukum Islam itu terbahagi kepada tujuh bahagian
- Wajib : ialah sesuatu yang mesti dikerjakan dan jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat dosa. seperti mengerjakan Solat lima waktu dalam sehari semalam. (Apakah dia perbezaan Wajib dan Fardu? : Perkataan Wajib dan Fardu sama sahaja maksudnya kecuali dalam bab Haji ada perbezaan.) Bahagian Fardu terbahagi kepada dua (2) iaitu Fardu Ain dan Fardu Kifayah. (Fardu Ain : sesuatu yang wajib dikerjakan(dilaksanakan) oleh setiap muslim Baligh, Berakal, kewajipan itu tidak terlepas dari tanggungjawab diri seseorang kecuali dirinya sendiri mengerjakan seperti mengerjakan Solat Lima Waktu sehari semalam. (Fardu Kifayah : Sesuatu yang wajib dikerjakan oleh sekalian orang Islam yang Baligh lagi Berakal {kewajipan dan tanggjungjawab bersama}, dan jika kewajipan itu dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam maka terlepas ia daripada yang lain, tetapi jika kewajipan itu tidak dikerjakan, maka sekalian orang Islam menanggung Dosa seperti Solat Jenazah.)
- Sunat : Sesuatu yang di galakan oleh agama supaya dikerjakan, jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa, seperti mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha.
- Haram : Sesuatu yang misti di tinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika di kerjakan mendapat dosa seperti mencuri.
- Makruh : Sesuatu yang di galakan di tinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dikerjakan tidaka mendapat dosa seperti makan sesuatu yang berbau busuk.
- Mubah : Sesuatu yang boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan, jika di tinggalkan tidak mendapat dosa seperti makan dan minum.
- Sah (soh) : Sesuatu yang dikerjakan dengan sempurnanya mengikut syarat dab rukunya yang tertentu seperti solat yang dikerjakan dengan berwudu' serta dengan aturan di dalam waktunya dan seperti Akad Nikah yang di jalankan oleh wali di depan saksi-saksi dengan lafaz yang tertentu menurut aturanya yang tertentu.
- Batal : Sesuatu yang dikerjakan dengan tidak mengikut syarat dan rukunya yang tertentu seperti puasa di bulan Ramadhan yang dikerjakan dengan tidak berniat pada waktu malam.
Mukalaf : ialah orang di tuntut supaya melaksanakan ajaran agama islam dan mempunyai syarat yang cukup iaitu (I)Baligh (بالغ ) (II)Berakal (III).Sampai seruan Islam kepadanya
(i) Baligh : ialah orang yang sudah sampai umur untuk menanggung kewajipan Agama. I.I tanda baligh bagi lelaki adalah telah keluar air mani setelah berumur dalam lingkungan 9-15 tahun. I.II bagi perempuan adalah telah keluar air mani setelah berumur dalam lingkungan 9 tahun atau datang haid atau mengandung atau telah berumur 15 tahun.
Mumaiz : adalah kanak-kanak yang sudah dapat mengerjakan tugas-tugas dirinya sendiri seperti makan dan minum dan tahu membezakan di antara buruk dan baik sesuatu perkara
Syarat : ialah sesuati yang mesti ada bagi sesuatu perkara yang lain tetapi ia bukan suatu bahagian dari hakikat sesuatu perkara yang lain itu, seperti Wudu' adalah syarat sah solat, tetapi wudu' bukan sesuatu bahagian daripada sembahyang.
Rukun : ialah sesuatu yang mesti ada bagi adanya sesuatu perkara yang lain dan ia suatu bahagian dari hakikat sesuatu perkara yang lain itu sendiri seperti membaca Al-Fatihah adalah rukun bagi solat.
"والله علم"
Monday, May 5, 2008
Solat Nafilah (Solat Sunnat)
- Solat Sunat Wittir : Waktunya ialah selepas solat isya sehingga menyingsing fajar shadiq, Paling kurang dilakukan adalah dua rakaat, sebanyak-banyaknya adalah sebelas rakaat dan paling tidak dapat dilakukan dengan sempurna ialah 3 rakaat. Di dalam rakaat pertama selepas selesai membaca Al-Fatihah di ikuti membaca surat A'la (sabbihisma rabbikal a'la, dengan rakaat keduanya membaca surah AL-Kafirun (Qulyaa ayyuhal kaafirun) dan rakaat ketiganya surah tiga Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Falaq dan Surah An-Nas. Dalam rakaat terakhir sekali apabila bulan ramadhan telah berlalu setengah bulan (1/2) maka di sunahkan membaca doa Qunut dan Bacaanya seperti Qunut Suboh. Perlu di fahami oleh kita bahawa dalam Bulan Ramadhan, Solat Sunat Witir ini di sunnahkan di kerjakan dengan jama'ah selepas mengerjakan Solat Sunat Tarawih.
- Solat Sunat Tahiyatul Masjid : Orang yang masuk ke dalam Masjid dan selepas mengambil Wudhu' itu di sunahkan bersembahyang dua rakaat tahiyatul masjid sebelum duduk.
- Solat Sunat Dhuha : Waktunya ialah mulai matahari naik kira-kira setinggi tombak yaini sepenggalah sehingga tergelincirnya matahari. Paling tidak dilakukan dua rakaat dan juga boleh dilakukan sehingga lapan rakaat.
- Solat Sunat Wudhu' : Waktunya ialah setiap kali selesai mengambil wudhu' dan di lakukan dua rakaat.
- Solat Sunat Istikharah : Dari segi makna sendi membawa erti istiharah itu kepada memohonkan pilihan kepada Allah s.w.t zat Yang Maha Berkuasa kepada setiap sesuatu. Maka ia sunah dilakukan apabila hendak mengerjakan salah satu pekerjaan di antara dua perkara atau beberapa perkara yang perlu mengadakan pilihan misalnya hendak berkahwin dan calon jodohnya itu lebih dari seorang, atau hendak berdagang apa yang lebih baik, pakaian, tanaman dan lainnya. Rakaatnya ada dua dan waktunya bila-bila masa sahaja sunat dilakukan.
- Solat Sunat Tahajjud : Waktunya ialah pada malam hari sebaik-baiknya ialah sesudah bangun dari tidur pada sepertiga malam terakhir dari waktu malam. Paling tidak dilakukan adalah dua rakaat dan tidak ada batas rakaat untuk melaksanakannya. Peringatan: Sekiranya di dalam waktu malam itu ada mengerjakan Solat Sunat Witir dan Solat Sunat Tahajut maka Witirnya dilakukan pada akhir solat.
- Solat Sunat Hajat : Solat yang dilakukan apabila ada sesuatu perkara di hajatkan baikpun pada urusan duniawi dan keagamaan. Boleh di lakukan pada bila-bila masa. Dilakukan dengan dua rakaat dan sekali salam. Ada satu cara khusus dalam mengerjakan solat sunat hajat ini yang dicantumkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin jilid pertama dan beliau menyebutkan bahawa segala macam keperluan yang dipohonkan oleh seorang hamba kepada Allah s.w.t dengan cara solat itu, Insyallah akan segera dikabulkan selama yang di kehendaki itu bukan satu kemasksiatan. Sebaik-baiknya dilakukan di waktu tengah malam setelah dua pertiga. Kira-kira antara jam dua sampai jam tiga malam. Sesudah selesai bertharoh lalu bersembahyang dua belas rakaat dan setiap dua rakaat hendaklah bersalam. dengan demikian salamnya enam kali. setiap rakaan setelah selesai membaca Al-Fatihah di ikuti ayat Kursi, kemudian disambung surah Al-Ikhlas , Apabila dua rakaat telah selesai maka secara langsung terus melakukan sujud dan dalam sujud itu membaca doa' (dapatkan doa itu pada rujukan yang berhampiran) selesai membaca doa' lalu mohonlah apa sahaja yang di maksudkan.
- Solat Sunat Taubat : Solat ini perlu dikerjakan oleh seorang yang menginginkan hendak bertaubat yang sebenar-benarnya secara taubah nasuha kepada Allah s.w.t dan berjanji tidak akan mengulangi dosanya lagi. Boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan dua rakaat.
- Solat Sunat Tasbih :
- Solat Sunat Ihram dan
- Solat Sunat Thawaf :
Sejarah Lahirnya Nabi Muhammad s.a.w, Salasilahnya dan Tahun Kelahiranya

Sumber Hukum : rujukan kitab Imam syafi'e r.a
1. Al-Quran : ialah kitab Allah swt yang diturunkan kepada junjungan nabi Muhammad S.a.w yang keperluannya adalah untuk membaiki segenap ummah manusia dalam soal-soal yang berhubung erat dangan agama Islam, dunia serta akhirat.
2. Hadis : ialah sabda-sabda baginda serta tindakan (amalan) beliaun, demikian iqrarnya yang menerangkan berbagai masalah atau hukum dalam agama Islam dan pula memberikan petunjuk kepada para manusia tentang hukum-hukum tersebut.
3. Ijma : ialah permuafakatan para Imam, Ulama yang sama dalam ijtihad setelah wafatnya nabi Muhammad s.a.w di dalam saat apapun jua dan juga di dalam perkara apa pun.
4. Qias : Membandingkan hukum(menjatuhkan) hukum dari sesuatu perkara yang tidak ada dalilnya dengan hukum perkara lain yang menyamai kerana persamaannya dua perkara tersebut.